Cikgu Closing telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat multimillion dari pelbagai niche bisnes dan ribuan usahawan-usahawan kecil yang ingin menjana pendapatan yang lebih banyak dengan menaikkan sales melalui sales team.
Kami menekankan teknik menjual yang proven dan evergreen dalam penyampaian kami. Setiap training yang dijalankan akan diubahsuai dan dirancang dengan teliti mengikut kesesuaian client.
Kami faham setiap syarikat mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Dan kami juga faham syarikat inginkan sesuatu kelainan untuk sales team masing-masing. Jadi kami menawarkan teknik yang berkualiti mengikut keistimewaan dan keunikan yang ada pada anda dan syarikat anda dalam penyampaian dan kami akan pastikan segala perkongsian akan lebih mudah difahami dan dihadam. Semua ini semata-mata untuk memastikan ada perubahan dalam prestasi sales anda.
Niche bisnes yang mempercayai kami untuk sesi training sales team
PRAKTIKAL. TERBUKTI. MEMBERANGSANGKAN.
Samada untuk menaikkan sales bulanan, mahupun hanyalah untuk mengasah skill sediada, kami menyediakan servis training yang pelbagai dan bersesuaian mengikut kehendak.
Silibus yang dikarang dan direka khas untuk sales team akan merangkumi skill, teknik dan mindset yang akan memberi kesan kepada gerak kerja team anda. Dan kami akan memastikan anda menerima support system setelah tamat sesi training untuk memastikan anda menggunakan segala teknik yang digunakan agar kekal berkesan.
Samada sales team anda berpengalaman mahupun baru setahun jagung, kami akan pastikan semua pihak memahami setiap konsep, teknik dan skill yang kami persembahkan untuk memastikan impak yang semaksima yang boleh.
TRAINING TERTUTUP
Untuk memastikan privasi dan tiada sebarang maklumat syarikat anda diketahui oleh pesaing, anda disarankan untuk memilih sesi training tertutup. Hanya anda dan sales team anda sahaja yang akan menyertai sesi itu.
Dan kami akan pastikan sepanjang training berjalan, kami hanya akan fokuskan pada produk / servis yang anda jual sahaja.
Kami akan menyediakan dan melatih sales team anda dengan teknik dan skill yang terbaru dan proven supaya boleh membantu mereka meraih lebih banyak sales melalui pelanggan baru dan juga pelanggan lama.
Kami mempunyai proses dan cara tersendiri untuk melatih sales team menjual lebih banyak. Secara umumnya, kami akan memasukkan unsur-unsur ini :
Memahami data dan rekod jualan sedia ada, untuk mengenalpasti titik masalah utama
Memperbaiki skrip jualan
Memperbaiki skrip follow-up
Melatih team memahami dan skrip dan melaksanakan dengan baik
Membina keyakinan dan motivasi kepada team
Melaksanakan weekly review & remediation untuk membuang tembok-tembok yang menghalang jualan banyak
Kami tahu sales team anda merupakan ahli yang paling penting dalam syarikat anda. Kerana itu lah kami ingin memastikan mereka menerima sebanyak teknik yang boleh. Selagi mereka mengamalkan teknik dan skill ini sepanjang mereka berhubung dengan pelanggan mereka, anda boleh nampak impaknya pada sales mereka.